
Pelanggan lain kongsi resit bayaran makanan di restoran siakap ribuan ringgit di Langkawi
Kes siakap viral berharga ribuan ringgit tidak habis di situ apabila seorang lagi pelanggan berkongsi kisah ‘tertipu’ dengan harga tinggi yang dikenakan pemilik restoran terbabit.


Menerangkan pengalaman sendiri menjamu hidangan direstoran yang sama, Rohani Osman dalam perkongsiannya di laman sosial Facebook kira-kira 12 jam lalu menunjukkan resit bayaran yang dikenakan kepada dia dan keluarga berjumlah RM1,660.
Dalam perkongsian itu, Rohani memesan seekor siakap masak 3 rasa, udang masak pedas dan menu-menu lain untuk menjamu emak, suami dan anak-anaknya yang masih kecil.
Menurut Rohani, pemilik restoran atau pekerjanya tidak memberikan maklumat mengenai berat ikat siakap tersebut sebelum mendapat pesanan bagi mengetahui harga anggaran pesanan dia dan keluarga.
“Saya sedia maklum makan di restoran terapung adalah mahal. Dalam kiraan Kak Ani mungkin lebih kurang RM600 hingga RM 700.
“Tapi, kami diberikan ikan siakap seberat 4.98kilogram dan jumlah bil yang peru dibayar adalah RM1,660,” jelasnya.
Rohani berkata, ramai pelanggan yang terkena harga yangahal ini disebabkan peniaga tidak memaklumkan dan menunjukkan ikan dahulu sebelum dimasak.
Ada satu keluarga katanya terpaksa mengumpul duit daripada emak dan adik beradik ketika mahu membayar. Nampak sedih dan terkejut dengan jumlah yang tertera.
Dia sendiri mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati untuk bertanya terlebih dahulu harga dan timbang betul-betul ikan didepan mata untuk mengetahui berat sebenar ikan tersebut.
“Semoga peniaga lebih telus selepas ini dan memaklumkan kepada semua pelanggan kumungkinan harga yang perlu mereka bayar,” katanya.