

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.
Ini selepas Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menafikan berlaku perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Asahan.
“Kerusi yang akan dipertandingkan oleh parti-parti dalam PH sudah pun ditentukan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh semua pemimpin tertinggi PH malam semalam.
“Pengumuman rasmi akan dibuat esok,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 8 November, hari undi awal pada 16 November ini dan hari mengundi pada 20 November ini.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.
Sumber – BH