
KUALA LUMPUR: Konsert kumpulan rock terkenal antarabangsa, My Chemical Romance (MCR) yang dijadual berlangsung pada 30 April dan 1 Mei tahun hadapan telah ditangguhkan pada bulan November.
Menurut hantaran Instagram MCR, mereka akan menangguhkan jelajah konsert The Black Parade rantau Asia Tenggara.
Konsert berkenaan dijadualkan semula pada 19 dan 20 November tahun hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
MCR ditubuhkan pada tahun 2001 di New Jersey, Amerika Syarikat mula mendapat perhatian menerusi album Three Cheers for Sweet Revenge.
Bagaimanapun, kumpulan berkenaan meraih kemuncak kegemilangan melalui karya epik album The Black Parade (2006).
Salah satu ‘penarik’ MCR terletak pada identiti mereka yang memadankan solekan hitam, fesyen serba gelap dan persembahan pentas yang dramatik.
Ia bukan sekadar gaya, tetapi sebahagian daripada olahan muzik mereka.







