
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil langkah segera dalam usaha memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran dalam Facebook hari ini berkata, beliau akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang memberikan manfaat kepada rakyat di pulau itu kelak.
Anwar telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi, menurut hantaran itu lagi.