SEPANG: Polis mengesahkan sedang mengesan individu yang menampar isterinya di sebuah pusat beli belah di sekitar Kota Warisan, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video tular yang dimuat naik di media sosial.
Tambah beliau, polis sedang dalam proses merakam keterangan saksi kejadian dan pada masa sama giat mengesan keberadaan suspek dan mangsa.
Kes ini katanya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.
“Pengadu merupakan adik kepada mangsa yang mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakaknya berusia 35 tahun.
Kata beliau lagi, maklumat berkaitan kes berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mahafiz Mat Lawi di talian 0102396533.
Sebelum ini, satu rakaman video live berdurasi 29 saat tular memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari sebuah pusat beli belah secara tiba-tiba, ditampar seorang lelaki sambil mengatakan sesuatu kepada mangsa.
