Ancaman Terbuka di Media Sosial: Aktiviti pelacuran, Netizen mohon PDRM bertindak
Tular di media sosial apabila ‘Bapak Ayam’ dengan berani berdagang secara terang-terangan. Kejadian ini mencetuskan kemarahan dari netizen dan memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, untuk segera mengambil tindakan tegas.
Tiada lagi ruang untuk aktiviti yang bersembunyi atau rahsia, sebaliknya, promosi dilakukan secara terbuka untuk memikat perhatian ramai.
Tersebar luas menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan membuat iklan pelacuran secara terbuka di media sosial mencetuskan kontroversi. Lelaki ini juga didakwa telah menawarkan seorang gadis Filipina berusia 21 tahun kepada pengikutnya yang bertuah.
Selain daripada itu, individu tersebut turut mempromosikan video-video yang dipercayai mengandungi unsur pornografi melalui aplikasi Telegram. Kejadian ini mendapat perhatian dari netizen, yang mendesak PDRM untuk segera mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.
Netizen turut memetik nama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dengan harapan beliau akan mengambil tindakan terhadap jaringan ‘X’ yang secara terang-terangan menyebarkan kandungan pornografi.
Sebahagian netizen melahirkan pendapat bahawa kegiatan sedemikian telah lama berlaku di dalam media sosial tanah air, tanpa sebarang tindakan lanjut yang diambil. Hal ini menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Dalam menghadapi cabaran ini, penting untuk pihak PDRM dan Menteri Komunikasi mengambil langkah proaktif dan berkesan. Kejadian ini seharusnya menjadi titik tolak untuk mereformasi dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat terhadap aktiviti tidak bermoral di media sosial. Masyarakat Malaysia berharap agar pihak berkuasa tidak hanya bersuara, tetapi juga bertindak untuk menjaga moral dan keselamatan bersama.
Adakah kegagalan melibatkan ini menunjukkan kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang di dalam bidang media sosial?