Bekas Pengarah Urusan MAS meninggal dunia
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, dekat sini lewat malam tadi.
Berita pemergian Allahyarham, 86, dikongsikan oleh anak perempuannya, Anita Azrina melalui Facebook.
Allahyarham menghidap kanser esofagus meninggal dunia pada pukul 11.51 malam.
Sewaktu perkhidmatannya, MAS memasuki antara fasa kegemilangan dan mempunyai jaringan penerbangan di serata Asia, Eropah, Australasia dan benua Amerika.
Seperti dilaporkan Astro Awani, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham kerap berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.
Kami di Ceritera mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi hambaNYA yang dikasihiNYA. Aamin.