
KUALA LUMPUR: Gajah hijau berkebaya dengan hiasan bunga raya, Teadore, menjadi antara tarikan istimewa sambutan ulang tahun kesembilan CHAGEE tahun ini, sekali gus membawa sentuhan identiti Malaysia ke dalam perayaan jenama teh antarabangsa itu.
Sambutan kali ini turut menyaksikan pengenalan minuman edisi terhad BOáYA Mekar Melati Mangga (Mango Jasmine Green) yang menggabungkan aroma teh melati dengan kemanisan mangga tropika, selain promosi Tear & Win yang menawarkan pelbagai hadiah kepada pelanggan.
Sambutan pada 17 November ini cukup istimewa kerana buat pertama kalinya CHAGEE meraikannya secara serentak di semua pasaran antarabangsa menerusi tema ‘One World. One CHAGEE.’
Teadore, maskot khas berupa gajah hijau dengan telinga berbentuk daun itu, diinspirasikan daripada Laluan Kuda Teh Purba (Ancient Tea Horse Road), laluan bersejarah perdagangan teh merentasi pergunungan dan sempadan.

Bagi pasaran Malaysia, Teadore diberikan penampilan istimewa dengan busana kebaya serta perincian bunga raya sebagai penghormatan kepada bunga kebangsaan, manakala koleksi edisi terhad maskot itu turut ditawarkan kepada pelanggan.
Bagi penggemar teh pula, CHAGEE memperkenalkan BOáYA Mekar Melati Mangga dalam dua pilihan iaitu teh susu dan teh bru, yang menggabungkan empat jenis teh melati dari Yunnan dengan puri mangga Small Tainong dari Hainan, China.
Gabungan itu menghasilkan rasa berlapis dengan kemanisan mangga masak ranum diikuti aroma bunga melati yang lembut dan menyegarkan, manakala potongan mangga kering beku turut ditambah bagi menyerlahkan rasa buah berkenaan.
Siri minuman baharu itu mula ditawarkan sejak 6 November lalu dan boleh dinikmati sepanjang kempen sambutan ulang tahun kesembilan CHAGEE.

Dalam masa sama, promosi Tear & Win kembali berlangsung dari 15 hingga 17 November ini di cawangan terpilih seluruh negara, dengan pelanggan berpeluang menerima hadiah menerusi pembelian minuman yang layak.
Antara minuman terlibat ialah BOáYA Mekar Melati Mangga Bersusu, BOáYA Mekar Melati Bersusu, White Peach Oolong Milk Tea dan Da Hong Pao Milk Tea.
Setiap cawan khas Tear & Win menawarkan ganjaran menarik termasuk baucar diskaun dan hadiah eksklusif, namun jumlahnya terhad setiap hari.
Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, Eason Fang berkata, ulang tahun kali ini bukan sekadar meraikan perkembangan perniagaan, sebaliknya menghargai hubungan yang terjalin bersama pelanggan sepanjang perjalanan jenama berkenaan.

Menurutnya, menerusi pengenalan Teadore, minuman baharu dan promosi Tear & Win, pihaknya berharap dapat terus menyatukan masyarakat serta mencipta lebih banyak detik kebersamaan menerusi secawan teh.





