Uncategorized

DOC2US Lancarkan Sistem Pintar Ujian Pantas RTKis COVID-19

Penyelesaian menjimatkan kos memangkin aktiviti ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara

DOC2US, pembekal teleperubatan pertama yang menyediakan perkhidmatan e-preskripsi di Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan pelancaran sistem proprietari bagi menguji, merekod, mengurus dan melaporkan kes COVID-19 untuk pihak korporat dan orang ramai. Sistem ini menyediakan kaedah yang menjimatkan, boleh dipercayai dan mudah digunakan dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

RTKis (disebut sebagai Ar-Tee-kis) adalah penyelesaian komprehensif yang terdiri daripada kit
ujian antigen RTK untuk kegunaan di rumah yang diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA)
yang membolehkan pengguna melakukan ujian kendiri COVID-19 di rumah dengan pengesahan
identiti mereka serta pengesahan hasil ujian menggunakan artificial intelligence (AI) dalam
platform DOC2US RTKis. Hasil positif kemudian akan dimuatnaik ke portal rasmi Sistem Informasi
Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) yang diselaraskan dengan aplikasi MySejehtera.

Dr. Raymond Choy, selaku Ketua Pegawai Eksekutif DOC2US berkata, “Berdasarkan garis
panduan MITI, setiap pekerja wajib disaring sebanyak 2 kali seminggu dan hanya pekerja yang
disahkan negatif dibenarkan bekerja. Banyak perniagaan mengalami kerugian hasil daripada
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, penyelesaian yang boleh dipercayai, mudah diguna
dan menjimatkan adalah amat penting supaya sektor-sektor tersebut dibenarkan untuk
meneruskan aktiviti ekonomi mereka dengan mematuhi garis panduan MITI. “

Walaupun Sistem Pintar Kit Ujian Pantas COVID-19 RTKis mengandungi komponen penting bagi
kit ujian rumah dan tidak memerlukan bantuan dari pegawai perubatan, DOC2US menggunakan
teknologi AI untuk mengurangkan risiko penipuan yang berkaitan dengan sebarang pengakuan
persendirian.

Tan Aik-Keong, Ketua Pegawai Teknologi DOC2US dan Ketua Pegawai Eksekutif Agmo Studio Sdn
Bhd, yang mengembangkan sistem tersebut mengatakan, “Sistem kami dirancang secara
komprehensif bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya penipuan di mana pengguna
mengakses platform DOC2US RTKis melalui kod QR yang khusus untuk setiap kit ujian antigen
RTK Gmate yang dijual di bawah pakej kami. Pengguna juga perlu mengesahkan nombor telefon,
ID dan proses ujian mereka melalui pengambilan gambar dan rakaman video. Sistem DOC2US
menggunakan enjin pengelasan gambar dengan teknologi AI dan machine learning untuk
mengenal pasti keputusan ujian berdasarkan gambar kit ujian yang dimuat naik.”

Kini, platform RTKis berfungsi dengan Kit Ujian Antigen Gmate Saliva yang diimport secara
eksklusif oleh CityMedics. Mengenai ini, Dr Choy berkata, “Kami memilih untuk memulakan RTKis
kami dengan kit ujian rumah Gmate kerana kit ini boleh dipercayai, dengan kepekaan 91% yang
diakreditasi oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia, tidak invasif, sangat mudah
digunakan sehingga pengguna dapat melakukan ujian ini walaupun berada di rumah, dan tidak
memerlukan doctor untuk melakukan ujian tersebut. Namun begitu, penyelesaian kami juga
boleh digunakan dengan kit ujian lain.”

Sistem Pintar Kit Ujian Pantas COVID-19 oleh DOC2US tersebut dijual pada harga RM45 setiap
pakej dan sedia ada untuk syarikat yang berminat melalui talian hotline DOC2US 013 – 286 2923.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *