Ekonomi

BiP menerajui teknologi masa hadapan

Bilangan maksimum peserta dalam panggilan video suara dan berkumpulan
berkualiti HD melalui BiP telah tambah kepada 15 orang.

BIP, yang dibangunkan oleh jurutera Turki dan data penggunanya dilindungi di pusat data berkeselamatan tinggi di Turki, terus menjadi perintis platform komunikasi dengan ciri-ciri unggul yang berbeza daripada para pesaingnya. Bilangan peserta untuk panggilan audio dan video berkumpulan berkualiti HD melalui BiP, platform dengan lebih daripada 82 juta muat turun, telah meningkat daripada 10 kepada 15 peserta sekarang. BIP, yang hampir menggandakan bilangan peserta maksimum berbanding pesaingnya, akan terus menjadi titik pertemuan untuk mesyuarat perniagaan dan sosial serta pilihan terbaik untuk keluarga yang ramai bertemu dan meraikan Hari Raya.


Menyatakan bahawa BiP telah menjadi pemain global dengan berjuta-juta pengguna di 192 negara di seluruh dunia, Pengurus Besar Teknologi Komunikasi dan Perkhidmatan Digitial BiP, Burak Akıncı berkata “Kami telah menjadi salah satu platform komunikasi yang paling pesat berkembang di peringkat antarabangsa dengan panggilan video berkumpulan, suara dan panggilan video dari antara muka web, mesej yang hilang, terjemahan segera dalam 106 bahasa dan ciri-ciri kiriman wang yang
telah kami laksanakan lebih dahulu sebelum aplikasi pesaing, serta dasar kami yang telus dalam perlindungan data peribadi. Sebelum Hari Raya, kami mambawakan satu lagi inovasi dengan meningkatkan bilangan peserta dalam ciri panggilan video berkumpulan kami kepada 15 orang. Kami ingin memberikan hadiah kepada pengguna kami sempena Hari Raya ini. Di masa hadapan, kami akan terus melengkapkan aplikasi kami dengan ciri-ciri baharu yang akan membawakan perbezaan dengan
mengambil kira maklum balas dan permintaan daripada para pengguna kami”.


Bertukar daripada aplikasi lain dengan begitu mudah
Bertukar ke BiP daripada aplikasi pemesejan lain juga begitu mudah. Dengan ciri “Group Moving” BIP semua pengguna boleh menggunakannya tanpa mengira pengendali di seluruh dunia, pengguna boleh memindahkan kumpulan dan sembang terdahulu mereka dengan pantas dan mudah dalam aplikasi pemesejan yang mereka gunakan sebelum ini ke BiP. Selain itu, tidak seperti aplikasi pemesejan lain,mpengguna boleh memindahkan kumpulan sedia ada mereka ke BiP sambil menambah pengguna yang
telah memuat turun BiP secara automatik dalam kumpulan tanpa perlu memilihnya secara individu.


Anda boleh melayari http://bit.ly/bip-indir untuk panggilan suara dan video sehingga 15 orang dalam
kualiti HD dengan BiP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *