HappyFresh Bantu Rakyat Malaysia Harungi Pandemik
HappyFresh, syarikat penghantaran barangan runcit dalam
talian yang terkemuka di Malaysia, mengukuhkan sokongannya terhadap rakyat Malaysia di
kala mengharungi waktu yang sukar ini dengan meningkatkan usaha dalam menyediakan
kemudahan buat pelanggan dan memastikan keselamatan mereka, termasuklah dengan
mengambil pekerja yang diberhentikan untuk menambah pasukan penghantar barangan
dan pembeli peribadi, melancarkan program sumbangan dan memperkenalkan caj
penghantaran yang lebih rendah.
Dalam pada negara melalui beberapa fasa pemulihan, HappyFresh menyaksikan
peningkatan yang ketara dalam pesanan barangan runcit apabila semakin ramai rakyat
mematuhi garis panduan penjarakan sosial dan meminimumkan kontak luar. Rentetan itu,
untuk memenuhi peningkatan pesanan dan menawarkan peluang kepada ribuan rakyat
Malaysia yang terjejas pekerjaannya semasa pandemik, HappyFresh melancarkan inisiatif
menggajikan ribuan pekerja yang diberhentikan sebagai penghantar barangan dan pembeli
peribadi disamping menaikkan bayaran untuk pekerja barisan hadapan mulai Julai 2021
sebagai cara untuk membantu mereka menghadapi masa mencabar ini.
HappyFresh juga sedang memuktamadkan perancangannya untuk menjalankan program vaksinasi yang melibatkan keseluruhan syarikat bagi memastikan pekerja, penghantar
barangan dan pembeli peribadi dapat dilindungi. Peralatan, kenderaan dan pejabat sentiasa
disanitasi serta semua pekerja yang berurusan secara langsung dengan pelanggan menjalani
ujian swab secara berkala sebagai sebahagian daripada langkah ketat untuk menjaga
kebersihan dan standard keselamatan yang tinggi.
“HappyFresh amat memahami kegusaran terhadap jaminan dan keselamatan pada masa
kini. Justeru itu, kami mengambil serius peranan kami dalam menghubungkan komuniti
dengan keperluan harian mereka serta yakin bahawa kami mempunyai tanggungjawab
untuk membantu lebih ramai keluarga dan hal ini termasuklah melindungi pekerja sendiri.
Apatah lagi misi kami sememangnya untuk menyediakan dan menghantar barangan runcit
yang dipilih kepada seramai mungkin keluarga di Malaysia. Selain itu, kami menyeru orang
ramai supaya tidak melakukan pembelian panik untuk mengelakkan berlaku gangguan pada
kecekapan dan stok bekalan di pasar raya,” kata Hu Hun Hui, Pengarah Urusan HappyFresh
Malaysia.
HappyFresh juga telah menjalankan semula program sokongannya untuk terus
menghulurkan bantuan kepada negara. Dengan setiap pembelian, pelanggan boleh memilih
untuk menyumbangkan RM2 semasa pembayaran kepada keluarga yang kurang bernasib
baik pada waktu sukar ini. Bukan itu sahaja, hasil kerjasama dengan Pasaraya OTK, mulai 9
Julai, pelanggan juga boleh memilih daripada pek barangan runcit bernilai RM50 atau
RM100 di kedai KitaJagaKita dalam aplikasi untuk disumbangkan kepada Rumah Kebajikan
Kanak-kanak Lighthouse di Bangsar dan pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan lain
dalam masa terdekat.
Hantar Kegembiraan dengan Tawaran Pilihan
Bagi menawarkan lebih banyak kemudahan dan penjimatan kepada pelanggan, HappyFresh
kini telah mengurangkan caj penghantaran serendah RM4. Caj penghantaran ini
termasuklah servis pembeli peribadi dan penghantaran, yang mana pembeli peribadi
terlatih akan memilih barang makanan yang paling segar dan berhubung dengan pelanggan
untuk pilihan alternatif sekiranya barangan yang dikehendaki telah kehabisan stok.
Penghantaran percuma disediakan untuk pelanggan HappyFresh yang baharu dan lama
apabila mereka membuat pembelian melebihi nilai tertentu di mana-mana pasar raya.
HappyFresh kini juga menawarkan barangan runcit dan kudapan pada harga yang sama
dengan di pasar raya, termasuklah semua diskaun. Oleh itu, pelanggan tidak perlu lagi
bersusah payah mencari parkir, beratur untuk membayar atau membawa beg barangan
yang berat, sebaliknya mereka boleh mendapatkan barangan runcit yang dipilih dihantar
terus ke rumah. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih pelbagai pasar raya yang
ada seperti Lotus (dahulu dikenali sebagai Tesco), Mercato, Giant, Village Grocer, AEON,
Ben’s Independent Grocer dan banyak lagi.
“Kami sering mencuba pelbagai cara untuk menjadikan pengalaman penghantaran barangan
runcit lebih selamat dan lebih mudah untuk pelanggan. Dengan 373 pasar raya dan kedai
khusus untuk dipilih di seluruh Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor Baru dan Ipoh,
HappyFresh mengambil alih kerumitan membeli-belah barangan runcit daripada anda dan
membawakan pengalaman terbaik terus ke rumah tanpa mempertaruhkan risiko terkena
jangkitan COVID 19. Kami menggalakkan pelanggan untuk sentiasa peka dengan promosi
dalam aplikasi kerana kami sering memberikan diskaun dan kod promo harian untuk
memberi lebih nilai kepada pelanggan,” tambah Hu.
Aplikasi HappyFresh tersedia untuk dimuat turun di Apple AppStore dan Google Play Store.
Untuk maklumat lanjut mengenai HappyFresh dan untuk membuat pesanan, sila layari
www.happyfresh.my.