
KUALA LUMPUR: Datuk Ismail Lasim sudah mengemukakan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini kepada Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima satu salinan surat peletakan jawatan telah diutuskan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Pengerusi Barisan Nasional akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Zambry, BN berharap keputusan itu dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar.
“Sehubungan itu, BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur, dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri serta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“BN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Datuk Ismail Lasim sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya.







