
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 12.10 tengah malam tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku pada kedudukan koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 19 kilometer (km) barat daya Batu Pahat.
“Gempa berkenaan turut direkodkan pada jarak 106km barat laut Tanjung Balai-Meral, Indonesia, dengan kedalaman 10km.
“Bagaimanapun, kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MetMalaysia melalui hantaran di Facebook.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini menerusi saluran rasmi pihak berkuasa berkaitan.







