
KUALA LUMPUR: Peminat Pokemon berpeluang bertemu maskot popular, Pikachu, yang akan membuat kemunculan di UNIQLO The Exchange TRX pada 13 dan 14 November ini.
Kemunculan khas tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Pokemon RUN 30 yang turut menampilkan beberapa tarikan menarik buat para peminat.
Peluang ini pastinya tidak mahu dilepaskan oleh peminat Pokemon kerana mereka berpeluang bertemu sendiri dengan Pikachu, malah boleh bergambar bersama maskot comel itu.
Sesi Meet & Greet akan berlangsung di kawasan pintu masuk Level 1 pada pukul 3.00 petang dan 6.00 petang, 13 November.
Pada 14 November pula, sesi akan diadakan pada pukul 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.
Lebih menarik, penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pengunjung berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Selain bertemu Pikachu, peminat juga boleh mendapatkan koleksi eksklusif Pokémon RUN 30 UTme! yang ditawarkan dari 2 November hingga 31 Disember 2026.
Setiap pembelian produk Pokemon RUN 30 UTme! turut disertakan dengan pek pelekat percuma, sementara stok masih ada.
Bagi yang ingin mencuba nasib, UNIQLO turut menawarkan peluang memenangi satu daripada tiga slot penyertaan Pokemon RUN 30.
Caranya mudah! Pengunjung hanya perlu membeli dua item Pokemon RUN 30 UTme! dalam satu transaksi antara 2 hingga 11 November, kemudian mengisi borang penyertaan rasmi.
Nama pemenang akan diumumkan pada 13 November menerusi akaun Instagram rasmi UNIQLO Malaysia, @uniqlomyofficial.
Jadi, buat semua peminat Pokemon, jangan lepaskan peluang untuk bertemu Pikachu, mendapatkan koleksi eksklusif dan mungkin menjadi antara yang bertuah menyertai Pokemon RUN 30!







