

Suatu insiden tragis tercetus pada bulan November 2023 yang lalu, apabila seorang wanita tua yang dikatakan mabuk merempuh beberapa buah kenderaan. Tular sebuah video di media sosial, dan ianya membuka ruang kepada perbincangan dan pandangan orang ramai.
Menurut maklumat yang tersebar di media sosial, @Syaaamiil, seorang mangsa, telah berkongsi gambar pelaku wanita tua yang didakwa mabuk di instagramnya. Namun, yang lebih memeranjatkan ialah keputusan pihak berkuasa untuk tidak menahan reman wanita tersebut.
Berikutan itu ianya menimbulkan kemarahan netizen apabila mangsa kemalangan, yang juga pengguna Instagram @Syaaamiil, dilaporkan mengalami cacat kekal pada anggota kaki sebagai akibat daripada insiden tersebut. Tidak dapat tidak, netizen telah memunculkan tagar #justiceforsyamil sebagai tanda protes terhadap keputusan yang dianggap tidak adik kepada mangsa.
Keputusan untuk tidak menahan reman wanita tua tersebut telah mendapat kecaman dari netizenk. Ramai yang merasakan bahawa tindakan tersebut tidak mencerminkan keadilan yang sepatutnya diberikan kepada mangsa.
Dalam konteks ini, kita perlu meninjau semula keberkesanan sistem keadilan negara dalam menangani kes-kes seperti ini. Adakah undang-undang yang sedia ada mencukupi untuk memberi keadilan kepada mangsa dan menjamin keselamatan masyarakat? Apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang?