
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyantuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah, Gemencheh, hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, KBS menerusi Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) menyumbang sebanyak 56 set makanan kering bersama 112 unit ‘sleeping bag’ dan 56 unit tikar sumbangan daripada Decathlon Malaysia Sdn. Bhd. serta 100 set kelengkapan peribadi wanita daripada Majlis Belia Malaysia (MBM).

PPS tersebut menempatkan 56 keluarga melibatkan 206 mangsa.
Program itu turut menyaksikan Menteri KBS, Hannah Yeoh turun padang bersama 40 ahli SATRIA Rakan Muda
Inisiatif ini juga membuktikan komitmen KBS dalam memberikan bantuan menerusi usaha kesukarelawanan di bawah gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Prihatin seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.

Misi ini juga diperkuatkan dengan sokongan logistik daripada Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan atau menjalinkan kerjasama, boleh hubungi Bilik Gerakan Banjir Rakan Muda di talian 03-8871 3748/3724 atau e-mel sukarelawan@kbs.gov.my.