
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bakal melaksanakan sesi pemukiman kali ketiga dalam tempoh terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, sesi pemukiman itu bukan untuk menceritakan kejayaan masing-masing, sebaliknya menjadi platform buat anggota Kabinet memperbaiki kelemahan yang ada.
“Kita dalam beberapa minggu ini akan mulakan dengan retreat (pemukimam) Jemaah Menteri, dan retreat itu bukan untuk mencatat (bahawa) ini kejayaan masing-masing.
“(Pemukiman ini) untuk menyatakan tentang ada ruang yang harus diperbaiki, ada kelemahan yang harus dibetulkan dan ada tahap kesungguhan yang harus kita tingkatkan,” katanya ketika menyampaikan amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.