
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan mesej yang telah tersebar dalam platform media sosial bahawa Klinik Kesihatan tidak akan menerima pesakit walk-in sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.
Menurut kenyataan KKM, walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama tetapi ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi.
“Begitupun, pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu.
“Pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi.
Kenyataan itu menambah, KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu.
Katanya, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama





