Nasional

Kota Warisan, Sepang: Solusi dalam mengatasi kesesakkan melampau

Kota Warisan, sebuah bandar yang semakin berkembang dengan pesat berhampiran Putrajaya, kini menghadapi masalah yang semakin meruncing – kesesakan lalu lintas yang tidak terkawal.

Kesesakan jalan menjadi isu utama yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna jalan di Kota Warisan. Pembangunan yang terlalu pesat dijalankan menunjukkan seolah-olah tidak terkawal di daerah Sepang telah menyebabkan kemunculan masalah ini. Pembangunan yang pesat tanpa perancangan yang sewajarnya telah mengakibatkan peningkatan jumlah penduduk dan aktiviti perniagaan, tanpa pelan lalu lintas dan infrastruktur yang baik untuk menampung peningkatan ini.

Seorang pengguna jalanraya yang kecewa, berkongsi pengalamanya melalui media sosial, mengenai lalu lintas yang semakin meruncing di Sepang. Seawal 6.30pagi kesesakkan ini akan berlanjutan sehingga 9.00pagi jika tiada berlaku perkara diluarjangka. Situasi ini bertambah buruk ketika bulan Ramadan.

Di samping itu, terdapat kebimbangan mengenai perancangan pembangunan oleh kerajaan negeri. Adakah terdapat penyalahgunaan kuasa dalam memberi kelulusan untuk projek pembangunan yang tidak terkawal? Adakah pembangunan dilakukan tanpa mengambil kira impak kesesakan lalu lintas dan kesesakan di bandar? Ini adalah persoalan yang perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.

Untuk menangani masalah ini, langkah-langkah segera perlu diambil. Penambahbaikan infrastruktur jalan raya dan pengangkutan awam, serta pelaksanaan kawalan pembangunan yang lebih ketat, adalah antara langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri. Pembangunan berterusan harus diselaraskan dengan pelan lalu lintas yang komprehensif untuk memastikan kelancaran dan kecekapan sistem pengangkutan awam dan jalan raya di kawasan ini.

Kesimpulannya, keadaan kesesakan jalan yang semakin meruncing di Kota Warisan, Sepang, menuntut tindakan segera daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri. Pembangunan yang terkawal dan berterusan serta perancangan yang teliti adalah kunci untuk mengatasi masalah ini demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk dan pengguna jalan di kawasan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *