
KUALA LUMPUR: Kehadiran musim monsun atau tengkujuh setiap hujung tahun tidak menjadi penghalang kepada Perhentian Marriott Resort & Spa mengadakan program Monsoon Escapade 2024.
Acara yang diadakan dengan latar belakang Kepulauan Perhentian ini bertujuan mencipta suasana berbeza kepada warga tempatan sepanjang bulan monsun yang biasanya lebih sunyi.
Pengurus Besar Kompleks Perhentian Marriott Resort & Spa dan Fairfield by Marriott Kuala Besut, Ammar Kevin Eu berkata, dengan penganjuran acara unik pada Disember ini, Perhentian Marriott berusaha mengubah musim monsun menjadi tempoh pelancongan yang dinamik dan menarik.
Jelasnya, acara ini dapat memberi inspirasi kepada destinasi lain dalam memastikan komuniti tempatan berkembang sepanjang tahun sambil memberi peluang menikmati keindahan musim monsun dengan cara yang berbeza.
“Kami komited untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan, meraikan muzik, budaya, dan kesejahteraan masyarakat sambil memastikan keselamatan dan keseronokan tetamu kami.
“Walaupun mengadakan acara luar semasa musim monsun adalah cabaran, pasukan kami yang berdedikasi bersedia untuk menyesuaikan diri dan mengatasi segala halangan dan memberikan pengalaman yang menarik,” katanya.
Mengulas lanjut, Ammar berkata, festival ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti senaman, regangan pagi ketika matahari terbit, dan aktiviti pantai yang menarik.
“Tetamu juga berpeluang menikmati hidangan tradisional Malaysia di DAPUR, makanan laut panggang di Sekoci, serta koktel segar di The Greatroom sambil menikmati pemandangan indah Laut China Selatan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Kompleks Perhentian Marriott Resort & Spa, Maanoj Nair berkata, resort tersebut akan menjadi pentas untuk festival muzik pertama mereka yang menampilkan persembahan muzik daripada artis terkemuka, aktiviti interaktif dan rawatan spa mewah.
Menurutnya, Monsoon Escapade menawarkan rawatan spa khas di Qi Forest Spa & Wellness dengan kerjasama Chuck’s menggunakan produk penjagaan kulit inovatif dari Korea Selatan untuk memberi kepuasan kepada pengunjung.
“Kami teruja untuk memperkenalkan festival muzik pertama kami yang meraikan keindahan Perhentian Kecil dan budayanya yang meriah.
“Dengan kerjasama artis tempatan berbakat dan jenama seperti Chuck’s, kami berharap untuk mencipta pengalaman yang benar-benar tidak dilupakan tetamu dan menyokong perkembangan Pulau Perhentian sebagai destinasi sepanjang tahun,” katanya.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh melayari laman web https://www.marriott.com/offers/monsoon-escapade-off-139763/kbrpp-perhentian-