Peneroka jadi pemilik rumah setengah juta ringgit


KUALA SELANGOR – Tiada saat yang paling mengembirakan dan sukar digambarkan apabila berjaya mendapat rumah kediaman yang dihajati. Lebih-lebih lagi, ia ternyata jauh lebih baik dan bernilai daripada apa dijangkakan.

Sebahagian peneroka Felda yang menjadi pemilik rumah Laman Haris Eco Grandeur.

Begitulah perasaan peneroka Felda Revolusi Hijau II dan III selepas menerima kunci rumah daripada pemaju hartanah Eco World Development Group Bhd. (EcoWorld).

Rumah kediaman yang disiapkan pada awal tahun ini bukan hanya cantik dan berkualiti berbanding rumah-rumah yang dibangunkan oleh para pemaju lain tetapi juga mempunyai nilai pasaran semasa yang tinggi harganya

Umar Ali Basha

Seorang peneroka, Umar Ali Basha, 68, bersyukur kerana masih berpeluang untuk tinggal di rumah teres dua tingkat seluas 1,750 kaki dengan nilai pasaran RM500,000 yang dinanti-nantikannya sejak lebih dua dekad lalu.

Umar merupakan antara 337 peneroka yang mendapat kunci projek perumahan di Laman Haris Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor pada 16 Februari lalu selepas EcoWorld berjaya mengambil alih projek perumahan yang terbengkalai hampir 20 tahun lalu.

EcoWorld merupakan syarikat pemaju hartanah yang diasaskan oleh Tan Sri Abdul Rashid Manaf. Syarikat ini bukan sahaja terkenal dengan projek pembangunan berkualiti tinggi tetapi juga teguh kedudukan kewangannya dengan memiliki pendapatan masa depan (unbilled sales) sebanyak RM4.42 bilion.

Umar menjelaskan: “Saya gembira kerana penantian selama ini telah berakhir tetapi turut bersedih kerana seramai 337 peneroka telah meninggal dunia sebelum sempat melihat rumah mereka siap dibina.

“Saya berterima kasih  dengan Kerajaan Negeri Selangor dan pihak pemaju, EcoWorld yang telah menyiapkan rumah para peneroka,” kata beliau ketika ditemui di Laman Haris Eco Grandeur, di Puncak Alam di sini.

Umar menjelaskan, sebelum diambil alih oleh EcoWorld pada tahun 2019, projek perumahan ini telahpun terbengkalai untuk satu tempoh yang terlalu lama kerana masalah dengan pemaju dan pelbagai isu lain.

C. Raman Naidu

Seorang peneroka lain, C. Raman Naidu, 66 menyatakan kegembiraannya tinggal di kawasan perumahan ini apabila rumah teres dua tingkat ini berjaya disiapkan.

“Rumah kediaman Eco World ini sangat berkualiti dan segala infrastruktur yang disediakan juga amat memuaskan,” kata beliau.

Hamid Johari, 76 dan sahabatnya, Daud Ahmad, 72 pula berkata, pihaknya tidak sabar menunggu siapnya surau yang kini dalam pembinaan, selain tapak untuk pembinaan masjid turut disediakan oleh EcoWorld.

Sementara itu, Omar Ibrahim, 43, yang juga Pengerusi Penduduk Laman Haris, mengakui bahawa pihaknya sangat berpuas hati dengan projek perumahan yang dibangunkan oleh EcoWorld, kerana reka bentuk dan kualiti yang tinggi.

Beliau yang merupakan waris peneroka berkata, setakat ini, kebanyakan rumah kediaman yang diduduki oleh peneroka tidak mempunyai masalah seperti masalah seperti retakan dinding atau kemasan yang tidak memuaskan.

Penduduk menunjukkan lokasi surau yang sedang dalam pembinaan di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Omar menjelaskan selain rumah teres dua tingkat, setiap peneroka juga menerima wang tunai sebanyak RM180,000 sebagai gantirugi pengambilan tanah milik mereka bagi tujuan pembangunan projek hartanah itu. – Arrazaq Nazri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *