
JEMPOL: Pakatan Harapan (PH) kekal sebulat suara menyokong Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Menteri Besar sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
berkata, tiada calon lain selain Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan seorang sahaja dipertimbangkan sebagai calon.
“Calon Menteri Besar hanya seorang, iaitu Aminuddin amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu yang beragama Islam, saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut,” katanya.
Loke berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja projek siap landasan kereta api di KTMB Bahau di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini yang meminta PH menamakan calon Menteri Besar yang baharu sekiranya Aminuddin tewas di kerusi DUN Linggi yang ditandinginya.
Mengulas mengenai dakwaan PH tiada pilihan selain menamakan dirinya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Loke berkata ia hanyalah kenyataan ‘jahat’ pihak lawan.
“Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita,” katanya.






