Rakan Bola, Food Bank Project membantu masyarakat


Rakan Bola, Foodbank Project, diilhamkan oleh Jurulatih bolasepak sosial, Shazwan Wong dan disokong oleh kelab-kelab bola sepak komuniti dan sosial dari seluruh negara yang terdiri daripada U.C Viching, Kerteh FC, Shah Alam Antlers Football Club, The Ohana FC, FC Pemanis, Makcik Lawa FC, MALAYSIA BLUES ARMY – Official Page, Los Vamos SC dan Football Terengganu.

Sasaran awal program ini adalah untuk menyediakan 100 pek makanan yang akan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di 3 kawasan yang telah dikenalpasti di Kuala Lumpur & Selangor iaitu:

  1. Puncak Alam
  2. Setapak/Setiawangsa
  3. Banting

Namun, selepas sehari projek ini di lancarkan, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dan jumlah kutipan derma menjangkau 200 pek makanan. ( 6 Julai 2021 )

Di antara yang turut menyampaikan sumbangan, termasuklah beberapa pemain bolasepak profesional dalam Liga Malaysia & personaliti Televisyen tanahair.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian akan mula diagihkan pada 18 Julai 2021 di kawasan-kawasan terlibat dan berikutan sambutan yang diterima amat menggalakkan, projek ini akan diteruskan berdasarkan jumlah kutipan sumbangan yang diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *