KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dan Datuk Mohd. Na’im Mokhtar digugurkan dalam rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya sebentar tadi.
Dr. Zaliha dan Mohd. Na’im masing-masing digugurkan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Satu portfolio baharu pula ditubuhkan dengan Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).
Rombakan ini merupakan kali kedua dalam tempoh tiga tahun selepas Anwar mentadbir negara.
Dalam pada itu, antara yang bertukar portfolio adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri), Hannah Yeoh (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zulkifli Hasan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal Ehwal Agama), Steven Sim (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (Menteri Ekonomi), Datuk Arthur Joseph Kurup (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Datuk Noraini Ahmad (Menteri Perladangan dan Komoditi) dan Datuk Seri R. Ramanan (Menteri Sumber Manusia).
Bagi jawatan timbalan menteri pula, melibatkan pertukaran portfolio Liew Chin Tong (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air), Datuk Chan Foong Hin (Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Datuk Lukanisman Awang Sauni (Timbalan Menteri Luar Negeri), Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Adam Adli Abd. Halim (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi), Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Kesihatan), Datuk Mohamad Alamin (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Seri Huang Tiong Sii (Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi) dan Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan (Timbalan Menteri Sumber Manusia).
Pelantikan baharu dalam Kabinet melibatkan Datuk Lo Su Fui (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Marhamah Rosli (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Chiew Choon Man (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya), R. Yuneswaran (Timbalan Menteri Perpaduan Negara), Sim Tze Tzin (Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri), Datuk Mohd. Shahar Abdullah ( Timbalan Menteri Ekonomi) dan Syed Ibrahim Syed Noh (Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam).
