
TERGAMAM. Itulah yang boleh diungkapkan apabila rata-rata kawasan rekreasi dan pelancongan di Selangor sesak dengan kepadatan pengunjung yang menggunakan alasan Fasa 2 sebagai sebab untuk mereka beriadah.
Aku faham, memang dan berbulan-bulan kita terkurung, dan berbulan-bulan juga kita memendam rasa hati untuk pergi ke tempat-tempat riadah ini untuk menenangkan fikiran.
Tapi boleh sabar tak Jack, gunung, sungai, tali air, laut yang korang hendak pergi tidak lari kemana. Ada di situ tak beranjak. Tapi kita inilah yang perlu bijak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
Perkongsian di laman sosial Facebook, Instagram mahupun TikTok amat memilukan hati aku, Penuh, padat dan sendat semua pantai, sungai dan bukit dibuatnya.
Masing-masing memperjudikan nasib diri dengan berbekalkan kad kuning sudah divaksin dos kedua sebagai LESEN BESAR untuk ke mana-mana.
Tapi korang perlu beringat Jack, bukan korang sahaja ada disitu puluhan malah ratusan yang belum divaksin mengambil kesempatan untuk berdampingan bersama.
Kedai makan dan restoran pun diorang boleh tipu, inikan pula pantai dan sungai yang tiada siapa yang peduli, pandai-pandailah Jack, korang dah besar panjang,
Aku menyokong apa yang cuba dilakukan kerajaan untuk membuka tempat riadah, pelancongan dan sebagainya untuk beri ruang kepada ekonomi kembali bernafas.
Kalau tidak buka, ada pula bekas menteri muda belia itu buat TikTok, Rasa nak hempas jer telefon IPhone 12 Max Pro aku bila muka tu lalu FYP. Tapi memandangkan aku sayang harta aku satu ni aku biarkan sahaja tanpa aku Like atau mengikuti laman sosial tersebut.
Bila buka kes naik kerajaan salah, bila tak buka ekonomi teruk kerajaan salah. Macam lu sorang jer betul la Jack. Pening aku tengok politik korang ni.
Aku pun tak faham apa yang disukakan sangat Sis Sis dan Bro Bro diluar sana dengan mamat ni pun aku tak tahu. Biar la Jack, rezeki dia. Rezeki kita Tuhan yang tentukan.
Kembali kepada isu asal, kepada kawan-kawan, mak bapak, mak cik pak cik, atok nenek dan semua sekali la, kalau korang rasa parking tu penuh jer semacam, pi lambung balik atau cari tempat lain.
Selagi boleh korang janganlah berhimpit macam selama hidup tak pernah mandi sungai atau mandi laut. Semenanjung Malaysia ni keliling ada laut. Sabah Sarawak tu pulau Borneo keliling laut.
Apa-apa pun Jack, sendiri dah besar panjang dan boleh berfikir, kes kita bukan 200 kebawah dan belum sampai 80 peratus rakyat kita divaksin, korang mampu mengubahnya.
Harap teguran aku ni membina. Kepada korang yang ingin berkumpul di Langkawi minggu depan. Tak kisahlah nak naik helikopter ke kapal terbang. Pandai-pandailah jaga diri ya Jack.
Nak balik kampung tak boleh rentas negeri, Kita pakat beli tiket mak pak kita pi Langkawi. Kita gathering kat sana. Tukar kampung kat Langkawi pula. Yaahooo…
Salam perkenalan dari aku..
- Jack Gaban
PS: Dulu masa kerja akhbar TERSOHOR yang samapi sekarang VSS aku tak dapat-dapat, aku bolehlah ikut ayat skema, kena house style bagai. Kini aku lebih bebas. Dua tahun tak menulis dan bukan reti sangat tulis. Maaf atas kesilapan.
Jack : Merujuk kepada mereka-mereka yang ditujukan tidak kira lelaki atau perempuan, Kalau terasa, korang la JACK.