
KUALA LUMPUR: Maybank akan menjalankan penyelenggaraan bulanan terhadap sistem utamanya pada 31 Disember 2024.
Sehubungan itu, beberapa perkhidmatan yang melibatkan akses menggunakan sistem terlibat akan tergendala buat sementara waktu di antara pukul 11.30 malam hingga 11.59 malam pada tarikh berkenaan.
Perkhidmatan yang terlibat adalah Maybank2u, Aplikasi MAE & Aplikasi QRPayBiz, Pembayaran Dalam Talian FPX, Transaksi Kad Debit, Terminal Layan Diri (ATM) dan Deposit Tunai & Mesin Deposit Cek.
Penyelenggaraan sistem juga berlaku sebagai persediaan untuk kempen beli-belah bulanan 1.1 bagi tujuan memastikan tiada sebarang masalah sewaktu tempoh berkenaan.
Pihak Maybank turut memohon maaf berhubung kesulitan yang berlaku serta menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu berkenaan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghantar email ke mgcc@maybank.com.my.






