Sumber Air Mentah Di Dua Laji Rawatan Tercemar – Air Selangor


SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji-loji ini.

Henti tugas loji-loji ini akan menyebabkan 273 kawasan terjejas, iaitu 309,605 akaun pengguna, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan melibatkan 4 wilayah iaitu Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Air Selangor telah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan.

Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas ekoran insiden ini.

Pada masa ini pihak kami masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Sila rujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Facebook Twitter, Instagram Air Selangor dan laman sesawang kami www.airselangor.com untuk maklumat bekalan air yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *