Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam netizen
Tindakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkongsi gambar selfie dirinya dengan sebuah kereta berteknologi tinggi yang baharu, Tesla Model Y berharga $55,190 (RM229,315), menyaksi ramai yang meluahkan kemarahan selain diucapkan tahniah.
Kemarahan itu, kebanyakan datang daripada pelanggan AirAsia bertanyakan tentang pemulangan semula wang tiket penerbangan yang tergendala akibat Covid-19 dan juga kakitangan syarikat itu yang meminta gaji mereka dibayar tepat pada masanya, lapor Mototrend.com
Tesla yang dimiliki oleh bilionair Elon Musk, mula menjual kereta elektrik di Malaysia pada tahun 2016. Model Y merupakan model terbaharu.
Antara reaksi termasuk:
User Nacap.haha berkata: “Kalau sudah boleh beli Telsa, kenapa anda tidak boleh kembalikan wang tiket AirAsia saya?
“Saya jangka bayaran gaji tidak akan lewat lagi bulan ini,” tulis pengguna Instagram Nilofamilk_foryou
Pengguna Instagram Nazihahhaniss merupakan antara yang mahukan wang tiket dikembalikan.
“Kembalikan wang saya, saya sudah menunggu selama setahun.”
Art.oftheimage antara lain menulis: “Pemulangan wang penting sekali dipercepatkan dalam keadaan sukar sekarang. Jadilah orang yang lebih bertanggungjawab.”
“Bayarlah (gaji) kakitangan tepat pada masanya,” kata Thisisnizam11.
Orang kuat AsiaAsia itu, bagaimanapun tidak memberikan sebarang ulasan terhadap kritikan yang dilontar kepada beliau.
– BebasNews