
KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Perlis dihentikan keahlian dalam parti berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan berkenaan dilakukan selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang semalam.
Mereka yang terbabit adalah ADUN Chuping, Saad Seman, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
“Pas akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada Spekar DUN Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A (1) (a) (ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta.
Sebelum ini, media melaporkan PAS akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kemelut kepemimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, yang didakwa hilang sokongan majoriti ADUN.







