
KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik kenderaan jenama Zeekr yang ke-2000 di negara ini.
Dalam Majlis Sambutan Pencapaian 2,000 ZEEKR yang diadakan di sini baru-baru ini, penyanyi tersohor negara itu diumumkan sebagai pemilik ke-2,000 Zeekr menerusi penyerahan sebuah kenderaan elektrik premium model Zeekr 7X.
Difahamkan, model Zeekr 7X itu merupakan kenderaan elektrik pertama Nurhaliza.
Zeekr 7X ditawarkan dalam tiga varian iaitu RWD Standard, RWD Long Range dan AWD Performance, masing-masing didatangkan pada harga RM179,800, RM190,800 serta RM226,800.
Suasana lebih istimewa apabila para pemilik hadir bersama keluarga, berkongsi detik gembira, menerima cenderahati dan memulakan perjalanan baharu menerusi sesi flag-off beramai-ramai.





