KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memberitahu sebanyak 6,547 daripada 8,923 permohonan Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) yang diteliti dan dipertimbangkan telah diluluskan.
Katanya, ia membabitkan peruntukan sebanyak RM590 juta, setakat 12 Disember lalu selain bagi tempoh sama, secara keseluruhannya sebanyak 16,884 permohonan diterima.
“Sarawak mencatatkan jumlah peruntukan tertinggi, iaitu RM100 juta dengan 1,124 permohonan diluluskan, diikuti Johor dengan nilai geran sebanyak RM69.58 juta untuk 742 permohonan.
“Negeri-negeri lain seperti Perak, Terengganu dan Kelantan turut menerima peruntukan signifikan dalam usaha pembangunan komuniti dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika menjawab soalan Manolan Mohamad yang ingin jumlah permohonan program tersebut melalui Dana Komuniti Madani mengikut negeri yang sedang diproses dan diluluskan.
Zaliha berkata sebanyak 52 daripada 111 permohonan diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM5.2 juta kepada masyarakat Orang Asli.
“Berdasarkan pecahan permohonan, Perak mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 28 permohonan dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta diikuti Johor dengan 11 permohonan bernilai RM1.1 juta dan Pahang dengan tujuh permohonan bernilai RM700,000,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau meminta inisiatif ini diuar-uarkan kepada semua komuniti.
“Permohonan dana SejaTi Madani adalah percuma dan terbuka kepada komuniti yang layak. Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) tidak mengenakan sebarang caj atau fi bagi permohonan terbabit dan tidak melantik mana-mana ejen untuk pelaksanaan program itu,” jelasnya.
Beliau juga memberitahu program tersebut akan diteruskan pada tahun hadapan dengan jenama Ikhtiar Sejati Madani seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025.
6,547 program SejaTi Madani diluluskan