
KUALA LUMPUR: Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak tersenarai sebagai calon jawatan presiden pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu bagi baki penggal 2025-2029 yang dijadual berlangsung pada 17 Sept ini.
Sebaliknya, jawatan tertinggi FAM itu menyaksikan persaingan dua penjuru antara Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Ketiadaan nama Hamidin yang dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM pada Kongres Tahunan FAM pada Jun tahun lepas, menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau kembali bertanding jawatan presiden.
Menurut senarai calon yang diumumkan FAM hari ini, jawatan Naib Presiden 1 pula menjadi rebutan antara Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Firdaus Mohamed dan Syed Yazid Syed Omar.
Bagi jawatan Naib Presiden 3, Datuk Saaran Nadarajah akan ditentang Afizal Abu Othman.
Sebanyak tujuh calon bersaing bagi tiga jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif kategori persatuan bolasepak negeri (FA), manakala lima calon merebut dua jawatan bagi kategori kelab (FC).
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata semua pencalonan telah melalui proses semakan dan pengesahan mengikut Statut FAM serta peraturan dan tatacara pemilihan yang ditetapkan. – BERNAMA
Berikut senarai calon Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029:
Presiden:
- Datuk Ab Ghani Hassan
- Datuk Seri Shahril Mokhtar
Naib Presiden 1:
- Datuk Seri Rosmadi Ismail
- Mohd Firdaus Bin Mohamed
- Syed Yazid Bin Syed Omar
Naib Presiden 3:
- Datuk N.Saaran
- Afizal Bin Abu Othman
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (FA – Persatuan Bolasepak Negeri):
- Mohd Azizudin Mohd Shariff
- Datuk Mohd Azhar Jamaluddin
- Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
- Tang Chee Hong
- Datuk Ramlan Shahean @ Askolani
- Datuk Alijus @Mohd Ali Bin Sipil
- Mohd Faizul Mohd Noor
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (FC – Kelab):
- Datuk Kamarudin Hassan
- Datuk Syed Mahadi Syed Hassan
- Datuk Dr. P.Sugumaran
- Dr Johan Kamal Hamidon
- Muhammad Faliq Firdaus Muhammad Rom
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Profesional):
- Datuk Zainal Abidin Hassan
- Azlan Johar
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Wanita):
- Datuk Suraya Yaacob
- Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah







