Ahmad Dasuki Ketua Eksekutif baharu PTPTN


KUALA LUMPUR 21 Jan. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan Ahmad Dasuki Abdul Majid, 45, telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif PTPTN berkuat kuasa pada 21 Januari lalu.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Wan Ahmad Wan Yusoff yang telah bersara pada 18 Ogos 2019.

AHMAD DASUKI ABDUL MAJID

Menurut PTPTN, pelantikan Ahmad Dasuki dipersetujui oleh Lembaga Pengurusan PTPTN berdasarkan kepada pengalaman serta kepakaran beliau.

Ahmad Dasuki merupakan salah seorang pegawai terawal yang menyertai PTPTN pada 1998.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan dari Universiti of Greenwich, United Kingdom.

Beliau mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan dan diyakini mampu memacu PTPTN ke era baru.

“Saya selaku Pengerusi dan mewakili seluruh warga PTPTN mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan pelantikan Ahmad Dasuki sebagai Ketua Eksekutif PTPTN.

“Saya yakin beliau akan dapat memimpin pelaksanaan strategi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengurusan PTPTN demi memastikan bebanan peminjam dapat diringankan sekali gus melestarikan PTPTN untuk terus menyumbang dalam pembentukan modal insan negara”, kata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *