
SEPANG: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pakej haji bagi musim 2026 pada harga serendah RM45,990 dengan peningkatan kemudahan penginapan serta bimbingan ibadah yang lebih menyeluruh kepada bakal jemaah.
Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata pakej berkenaan berpatutan kerana jarak penginapan antara 220 meter hingga 400 meter dari Masjidilharam, sekali gus menjanjikan keselesaan optimum kepada jemaah.
“Bagi jemaah yang membayar bayaran penuh sebanyak RM33,300, mereka hanya perlu menambah sedikit kos untuk menikmati ibadah dalam keadaan lebih selesa.

“Ini menjadikan pakej kami pilihan utama ramai,” katanya ketika ditemui di Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2025 di Sepang, hari ini.
Katanya, Andalusia menyediakan seorang mutawif bagi setiap 100 jemaah, ziarah dan umrah tanpa caj tambahan serta bimbingan ibadah secara lebih terperinci.
“Kami mengatur perjalanan yang lebih tersusun dan pemilihan awal pakej membolehkan jemaah membuat persediaan awal, termasuk melepasi pemeriksaan kesihatan ketat oleh kerajaan Arab Saudi. Jemaah yang gagal pemeriksaan kesihatan tidak dibenarkan menunaikan haji.
“Andalusia turut menyediakan bas khas untuk jemaah yang memilih pakej premium, penginapan di Aziziyah bagi memudahkan pergerakan antara Arafah, Muzdalifah dan Mina, serta lebih 30 cenderamata termasuk beg, pakaian dan kelengkapan asas haji.
“Kami juga menganjurkan majlis makan malam khas selepas pulang dari Arafah untuk meraikan semua jemaah,” katanya.

Karnival Haji, Umrah & Pelancongan kali keempat itu menghimpunkan 34 pengelola jemaah haji berlesen di bawah Tabung Haji sekali gus menyediakan satu platform sahih untuk bakal jemaah.
Sementara itu, Penolong Pengurus Bahagian Haji Andalusia, Khairul Sani Zamberi berkata, empat pilihan pakej haji ditawarkan bagi memenuhi keperluan jemaah daripada pelbagai kategori berdasarkan jenis bilik, jarak hotel ke Masjidilharam dan atur cara perjalanan sama ada bermula di Madinah atau Mekah.
Empat Pilihan Pakej Haji Andalusia 2026:
Pakej Marsa–Amjad
Harga: RM45,990 – RM75,990
Jarak hotel: 300 m – 490 m
Fokus penginapan berhampiran Masjidilharam; jemaah ke Madinah terlebih dahulu sebelum Mekah.
Pakej Olayan/Elaf
Harga: RM53,990 – RM78,990
Jarak hotel: 220 m – 400 m
Pilihan bilik fleksibel; penginapan di Mina Muaissim; perjalanan bermula di Madinah.
Pakej Safwa Aziziyah
Harga: RM61,990 – RM77,990
Jarak hotel: 50 m – 260 m
Mekah-first; penginapan di Aziziyah sebelum berpindah ke Hotel Safwa; variasi harga ikut jenis bilik.
Pakej Safwa Standard (Premium)
Harga: RM92,990 – RM120,990
Jarak hotel: 50 m – 220 m
Pakej premium termasuk lawatan ke Madinah, penempatan khemah lebih dekat di Mina, penginapan berhampiran Jamrat untuk memudahkan pergerakan jemaah.







