Ekonomi

Azrul Hisham CEO baharu MYJet Xpress

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Syarikat penerbangan kargo, MYJet Xpress Airlines mengumumkan pelantikan Azrul Hisham Dato’ Abdul Wahab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 November lalu.

Azrul Hisham menggantikan Douglas Robinson yang selepas ini akan menumpukan tugas pada bidang pengoperasian syarikat.

MYJet Xpress dalam satu kenyataan memaklumkan, Azrul Hisham yang sebelum ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah syarikat akan menambahkan lagi laluan serta sektor baharu penerbangan ke beberapa wilayah di China dan Indo-China bermula suku pertama 2020.

MYJET Xpress Airlines bakal menambah laluan serta sektor baharu pada tahun depan.

MYJet Xpress Airlines merupakan salah sebuah syarikat penerbangan kargo berjadual (ASL) Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kargo udara setiap hari, menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta destinasi lain sekitar Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *