
KUALA LUMPUR: Tiga pasukan operasi termasuk First Rider dikerahkan ke 14 lokasi kejadian pokok tumbang dan dahan patah sekitar ibu kota susulan hujan lebat petang semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, tiga pasukan itu dengan kekuatan 20 petugas dikerahkan bagi menjalankan kerja pengalihan, pemotongan dan pembersihan segera bagi memastikan keselamatan serta kelancaran lalu lintas.
“Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Kuala Lumpur petang semalam mengakibatkan kejadian pokok tumbang dan dahan patah di 14 lokasi sekitar ibu kota.
“Lokasi itu adalah Jalan Desa Utama, Taman Desa; Jalan Teluk Pulai, Taman Desa; Lot 6A Seksyen 88 Jalan Ampang; Jalan Kuchai Maju 9, Kuchai Lama; Jalan Rukun 4, Gembira; Jalan Kuchai Jaya 8, Kuchai Lama; Jalan Desa, Taman Desa (Teratak Muhibbah) dan Jalan Kuchai Lama (Kompleks Tun Ghafar).
“Turut terjejas Jalan 6/130 Taman Skyline Klang Lama; Jalan Bukit Segar, Taman Bukit Segar; Jalan Kampung Pasir, Klang Lama; Jalan Desa Damai, Taman Desa; Jalan Rukun 2, Taman Gembira, Kuchai Lama dan Jalan Rukun 5, Taman Gembira, Kuchai Lama,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.
DBKL juga komited memastikan pemulihan dan pembersihan dilakukan dengan pantas bagi mengurangkan risiko bahaya kepada orang awam serta mengelak sebarang gangguan kepada pengguna jalan raya.