“Edisi Siasat’ sebar berita palsu dakwa AS$6 juta dicuri?
Dakwaan kononnya wang barang kes berjumlah AS$6 juta dicuri adalah didedahkan oleh sebuah laman blog menggunakan nama ‘Edisi Siasat’, bukan dibuat berdasarkan laporan polis oleh mangsa atau pemilik wang berkenaan.
“Pihak kami sedang mengesan pengendali laman blog Edisi Siasat ini untuk mendapatkan maklumat serta menyiasat lanjut dan tindakan menyebar dan menularkan maklumat tidak benar adalah salah dan boleh disiasat,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Abd Jalil berkata, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang dilaporkan pemilik wang tersebut tidak membuat laporan polis, lapor UtusanTV.
Justeru, Abd Jalil berkata, pada masa ini tidak dapat disahkan sama ada benarkah wujud kes curi dalam kejadian ini disebabkan mangsa sendiri tidak membuat laporan polis.
Beliau berkata demikian pada sidang media kejayaan menumpaskan sindiket curi dan ubah suai lori di Rawang hari ini,
SPRM sebelum ini menahan tiga pegawainya disyaki melakukan salah guna kuasa, penyelewengan dan masih meneruskan siasatan mengenainya.