
WASHINGTON – Usahawan Amerika Syarikat, Elon Musk menjadi individu pertama dalam sejarah memiliki nilai kekayaan bersih melebihi AS$700 bilion, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan majalah Forbes.
Menurut laporan itu, lonjakan kekayaan Musk berlaku selepas Mahkamah Agung Delaware membatalkan keputusan mahkamah rendah yang sebelum ini membatalkan pakej opsyen saham Tesla miliknya pada 2018.
Pakej opsyen saham berkenaan kini dianggarkan bernilai AS$139 bilion.
Forbes menganggarkan kejayaan Musk dalam merayu keputusan itu telah melonjak nilai kekayaan bersihnya kepada paras tertinggi berjumlah AS$749 bilion.
Sebelum ini, Forbes menamakan Musk sebagai individu pertama yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi AS$600 bilion susulan pengumuman tawaran awam oleh SpaceX, yang menilai syarikat itu pada AS$800 bilion.
Selain Musk, pengasas bersama Oracle, Larry Ellison merupakan satu-satunya individu yang pernah mencapai nilai kekayaan bersih melebihi paras AS$300 bilion dan AS$400 bilion.





