
BOURNEMOUTH: Pengendali Tottenham, Thomas Frank berdepan kritikan selepas dirakam menggunakan cawan jenama Arsenal sebelum kekalahan dramatik 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth.
Dia berkata ia adalah “sangat bodoh” jika secara sengaja minum daripada cawan tersebut tetapi kesilapan itu telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong Spurs yang tidak berpuas hati.
Menurut laporan agensi, tekanan terhadap Frank semakin memuncak apabila Antoine Semenyo menjaringkan gol kemenangan dramatik pada masa tambahan untuk Bournemouth.
Pendahulu liga, Arsenal merupakan musuh tradisi Tottenham di utara London adalah pasukan yang meraih kemenangan 3-2 apabila bertandang ke Stadium Vitality pada Sabtu lalu.
“Saya langsung tidak perasan mengenainya,” katanya mengenai cawan itu.
“Saya rasa adil untuk mengatakan kami tidak memenangi setiap perlawanan bola sepak, jadi adalah sangat, sangat bodoh untuk saya mengambil cawan yang mempunyai (lambang) Arsenal.
“Ia berada di bilik persalinan sebelum perlawanan kami. Adalah perkara biasa untuk mengambil cawan dan minta espresso, saya lakukan itu sebelum setiap perlawanan,” ujarnya.
Dia menambah, agak menyedihkan dalam dunia bola sepak apabila perlu ditanya soalan seperti ini.
“Sudah tentu saya tidak akan melakukan perkara seperti itu. Itu sangat bodoh.” tegasnya.







