
KUALA LUMPUR: Gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak kereta sorong dengan kapsyen ‘New Year clean up’ menarik perhatian orang ramai.
Hantaran pertama Anwar sempena dengan 2025 di pelbagai platform media sosialnya itu memperoleh pelbagai reaksi positif daripada rakyat.
Rata-rata pengguna media sosial mengucapkan selamat tahun baharu kepada Anwar yang juga Menteri Kewangan itu dan mendoakan kesejahteraan pemimpin tersebut untuk terus memimpin Malaysia.
“Alhamdulilah, semoga Allah memberkati dan memberikan kesihatan yang baik untuk Datuk Seri,” komen pengguna Facebook, Mohd Rashidi Hassan.
“Terbaik PMX (Perdana Menteri ke-10). Pujaan rakyat B40 khasnya. Sihat walafiat hendaknya,” komen pengguna Facebook, Mazlan Jamilah.
Dalam pada itu, gambar yang dimuat naik oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menimbulkan tanda tanya sebahagian pengguna media sosial yang menyatakan Anwar cuba menyampaikan sesuatu melalui gambar tersebut.
“Maksud yang mendalam tu, semoga PMX sentiasa dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan baik selalu. Amin,” komen pengguna Facebook, Azmi Jaafar.