
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan pembantunya telah dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi ini berhubung isu pajakan tanah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
Dalam hantaran di Facebook, Hannah memaklumkan, pembantunya itu telah dipanggil bagi membantu siasatan isu tersebut.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata, tiga orang pegawai SPRM telah hadir ke pejabatnya di Jabatan Wilayah Persekutuan berhubung isu tersebut, semalam.
“KLSCAH. Ya saya mengesahkan tiga pegawai SPRM hadir di pejabat saya di Jabatan Wilayah Persekutuan.
“Mereka meminta pembantu saya hadir ke SPRM, pagi ini, bagi membantu siasatan,” katanya dalam hantaran tersebut.




