

Tempatan Fest Universe 2019 kini lebih meriah dengan kehadiran unifi sebagai rakan strategik bagi penganjuran tahun ke tujuh (7). Kerjasama dengan unifi ini merupakan sebahagian daripada gerakan #khabarbaik untuk menyemarakkan nilai positif di dalam hidup para pelanggan disamping memberikan lebih banyak nilai tambah kepada pengalaman pelanggan sepanjang mereka bersama unifi.

Bersempena dengan acara ini, unifi hadir dengan tawaran #khabarbaik khas bagi penggemar muzik dan konsert tempatan. Setiap langganan pelan pascabayar unifi Mobile 99 pada harga istimewa RM59/sebulan akan mendapat satu (1) tiket konsert Tempatan Stage secara percuma. Promosi ini didatangkan dalam jumlah yang terhad dan boleh dilanggan menerusi cawangan TMpoint terpilih. Usahasama ini menunjukkan sokongan unifi dalam membangunkan seni dan nilai keusahawanan dikalangan belia.