
YIWU, CHINA 15 Dis. – ASEAN Market Gateway Sdn. Bhd. mendapat hak eksklusif sebagai pengedar tunggal di Malaysia untuk 11 jenama strategik dari China.
ASEAN Market Gateway merupakan platform yang akan menghimpunkan semua jenama terbaik di Asia di bawah satu bumbung.
Platform itu juga sebagai medium bagi pelbagai jenama daripada beberapa negara untuk memperkenalkan barangan mereka kepada luar.
Ini susulan kejayaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara jenama strategik dari Yiwu, China dan ASEAN Market Gateway yang diadakan di Ibu pejabat ASEAN Market Gateway di sini.
Mengikut MoU tersebut, jenama-jenama berkenaan akan dilancarkan di Malakat Mall, Cyberjaya pada Mac 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN Market Gateway, Fadzil Hashim berkata, hal eksklusif itu akan membantu meningkatkan industri runcit di Malaysia.
“Kami telah mencari jenama terbaik untuk dipasarkan di Malaysia dan dijangka mendapat perhatian pengguna,” katanya.
Jenama itu termasuk 2358 Fashion, Jojo Shoes, C & E Kitchenware, DUDE, Vastrend dan TGM.
ASEAN Market Gateway juga mempunyai hak eksklusif untuk memasarkan jenama Kuadu, Himawari, Firmer, Finder dan Yuanda di Malaysia.