Ketua Pengarah JAKIM meninggal dunia


KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya, 59, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh 1 tengah hari ini.

JAKIM dalam satu kenyataan berkata Paimuzi meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru dan akan dibawa ke rumahnya di Kuang, Selangor bagi urusan pengkebumian petang ini.

Semalam, JAKIM memaklumkan bahawa Paimuzi bebas daripada wabak COVID-19.

Menurut JAKIM, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

SUMBER -BebasNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *