
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan peruntukan cuti sekolah tambahan selama tiga hari sempena Hari Raya Aidilfitri bagi sesi akademik 2025/2026.
Pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan pihak terbabit termasuk guru, pelajar dan ibu bapa untuk membuat persiapan hari raya.
Berdasarkan maklumat dikongsikan di laman web KPM, ia diperuntukan untuk dua kelompok iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
“Kumpulan A adalah untuk Kedah, Kelantan dan Terengganu iaitu pada 30 Mac, 2 dan 3 April 2025, manakala, kumpulan B terdiri daripada Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.
“Ini termasuk Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” menurut laman itu.
Tarikh bagi Kumpulan B pula adalah pada 2 hingga 4 April 2025