
KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa Bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Pulau Indah, di sini hari ini.
Ketibaan baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy Ithnain bersama ahli Jawatankuasa Laksamana TLDM
sekitar Lembah Klang.
Antara jemputan lain yang hadir termasuk Datuk Bandar Klang, Datuk Abd. Hamid Hussain dan Pegawai Daerah Klang, Amri Ismail.
Kapal KD PAHANG dan KD TERENGGANU menjadi platform utama bagi majlis hari ini.

Dalam majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf dan kemudian menyaksikan upacara Sunset Ceremony yang dilaksanakan di KD TERENGGANU.
Selesai berbuka, gaginda berkenan menunaikan solat maghrib, isyak dan solat tarawih bersama-sama warga TLDM yang hadir.
Keberangkatan Sultan Sharafuddin menyemarakkan lagi semangat dan iltizam setiap anggota TLDM untuk terus komited menjalankan tugas dan amanah dalam melindungi
kedaulatan maritim, sekaligus menjaga kestabilan serta keamanan negara.