Sukan

MAJLIS PELANCARAN DAN PENGENALAN PERSATUAN BOLASEPAK KUALA LUMPUR 2020

KUALA LUMPUR 22 FEBRUARI – Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, YB Tuan Haji Khalid Abd Samad meletakkan sasaran skuad ibu kota dengan mengakhiri Liga Premier 2020 di kedudukan kedua teratas dan kembali bersaing di Liga Super 2021.

“Saya yakin dengan barisan kejurulatihan serta pemain yang kita miliki sekarang mampu membawa Kuala Lumpur kembali bersaing dalam liga utama di Malaysia pada musim 2021,” jelasnya ketika merasmikan Majlis Pelancaran dan Pengenalan Pasukan Kuala Lumpur 2020 di Pavilion, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Khalid turut mengumumkan KL HAWKS sebagai jenama bolasepak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur serta menjangkakan dalam masa tiga tahun dapat mempromosikan pasukan kemudian meningkatkan bilangan penyokong.

KL Hawks tidak terhad dalam konteks penyokong malah akan membantu mempromosikan Kuala Lumpur FA secara komersil, perpaduan, kesetiaan termasuk kebanggaan menjadi salah satu ahli keluarga skuad Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, KLFA turut memperkenalkan dua variasi jersi pasukan Kuala Lumpur yang bakal digunakan sepanjang berlangsungnya Liga Malaysia 2020. Jersi berjenama Puma didatangkan dalam dua warna iaitu merah untuk jersi di laman sendiri manakala biru untuk jersi ditempat lawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *