KUALA LUMPUR: Skuad kendalian Nafuzi Zain melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2025 selepas muncul naib juara terbaik peringkat kumpulan.
Ia berikutan kegagalan Indonesia melakar kemenangan besar ke atas Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan C.
Keputusan tersebut menyaksikan Skuad bawah 23 (B-23) negara bakal berentap menentang tuan rumah, Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Isnin ini.
Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Vietnam akan bertemu Filipina dengan juara akan layak ke final manakala yang tewas akan beraksi di penentuan pingat gangsa pada 18 Disember depan.
Kali terakhir skuad negara menjuarai ibu pingat emas itu adalah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.
