KUALA LUMPUR: Syarikat pelancongan terkemuka, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tidak ketinggalan untuk turut serta dalam acara pelancongan terbesar negara, MATTA Fair 2025 yang akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 5 hingga 7 September ini.
Tahun ini lebih bermakna buat Andalusia apabila mereka turut menyambut ulang tahun ke-23 penubuhan syarikat sempena penyertaan mereka dalam acara tersebut.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan pelanggan selama ini, Andalusia hadir di MATTA Fair dengan pelbagai tawaran istimewa untuk pakej umrah serta percutian dalam dan luar negara.

Andalusia memaklumkan, lebih 30 destinasi popular ditawarkan, termasuk Jepun, Korea, China, Eropah, Turkiye, dan sebagainya, semuanya ditawarkan dengan harga jimat khusus untuk pengunjung MATTA Fair.
“Pelbagai hadiah percuma menanti pengunjung yang datang secara ‘walk-in’ ke reruai Andalusia, antaranya tasbih digital, botol semburan untuk air wuduk dan pelbagai barangan eksklusif.
“Selain itu, pendaftaran semasa acara berlangsung adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan besar, selain berpeluang menerima tawaran istimewa sempena ulang tahun ke-23 syarikat tersebut,” katanya kepada Ceritera.
Bagi pengunjung yang tidak dapat hadir ke MITEC, orang ramai boleh menghubungi wakil Andalusia di talian 017-4846160 (Huda) atau 017-4826160 (Izzati) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan.

MATTA Fair 2025 turut berlangsung di Kuching, Sarawak pada 23 dan 24 Ogos ini di Boulevard Shopping Mall Kuching dengan orang ramai boleh mengunjungi reruai Andalusia untuk mendapatkan pelbagai pakej percutian dan umrah.
“Orang ramai khasnya di Sarawak jangan lepaskan peluang hebat ini untuk merancang percutian impian dengan harga terbaik dan pelbagai hadiah eksklusif,” menurut Andalusia.
Sementara itu, Andalusia juga menawarkan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah menerusi cabutan dalam Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).

Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.
