KUALA LUMPUR: Melancong ke luar negara untuk melihat perbezaan budaya, cuaca dan makanan memang menjadi impian banyak pihak.
Namun, bukan semua negara dapat menyediakan pelbagai kemudahan, terutamanya yang mesra Muslim untuk pelancong beragama Islam.
Masalah itu sering berlaku di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam.
Sebagai Muslim, amat penting untuk membuat persediaan rapi bagi memastikan percutian impian dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa memperjudikan tanggungjawab kepada ajaran agama.

Selain menunaikan solat tepat pada Waktu di tempat yang bersih, umat Islam juga perlu memastikan mereka dapat menikmati makanan halal sepanjang percutian.
Mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai pelancongan mesra Muslim menerusi banyak platform, termasuk maklumat tentang penerbangan dan kemudahan yang ada di negara yang bakal dikunjungi.
Atau lebih mudah, mereka boleh memilih destinasi seperti Turkiye, Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Australia, Emiriah Arab Bersatu yang menyediakan banyak kemudahan mesra Muslim.

Untuk waktu solat, pilih pakej yang menyediakan waktu khusus untuk solat dan pastikan jadual perjalanan tidak terlalu padat supaya waktu solat dapat ditunaikan dengan lancar.
Pelancong juga bleh memuat naik Kemudahan aplikasi ibadah amat penting untuk waktu solat dan penunjuk kiblat bagi memudahkan pelancong Islam yang berada di destinasi yang kurang mesra Muslim.
Selain itu, mereka boleh membaca ulasan dari pelancong Muslim lain menerusi internet, sekali gus boleh membantu memberi gambaran jelas pengalaman di hotel atau restoran makanan halal.
Orang ramai yang berminat mengikuti pakej pelancongan dengan pengalaman mesra Muslim, mereka boleh memilih Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) yang menawarkan sebanyak 35 pakej percutian mesra Muslim.

Andalusia juga menawarkan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah menerusi cabutan dalam Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).
Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.

Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.
